Monday 10 February 2014

Business Baju Baby Murah

Haa ni nak cerita sikit. Sebelum mengandung lagi Ct da berhenti kerja kan kat OCBC Bank. Ingat nak start business baju baby memandangkan masa tu ada duit lebih sikit kan untuk buat modal. Survey-survey lot kedai sangat la mahal sewanya kat area Cheras ni. So asyik tertangguh-tangguh sampai la My Honey kata nak tukar kereta sebab kereta Perdana kami tahun 2000 asyik buat hal je.

Ikutkan hati tak nak jual Perdana ni...Ct sayang sangat sebab ni kereta pertama Ct dan dah banyak spend untuk modified semua. Tapi bila fikir-fikir kereta dah nak masuk 14 tahun kan...sebelum lebih banyak masalah dan bazir banyak duit untuk repair Ct setuju la tukar dan trade in dengan Persona tahun 2008. So duit yang konon nak modal business tu dah berkurang la pulak.

Huhu terlalut kejap cerita pasal kereta. Sekarang Ct nak start balik dengan cita-cita nak business baju baby ni (cheh mentang-mentang nak dapat baby makin semangat nak jual baju baby ye) tapi secara online. Memang dah banyak sangat kat facebook orang buat business baju baby ni sebab teruja dengan design yang sangat-sangat cute dan comel kan. Harga pun leh tahan mahal-mahal jugak. My Honey plan nak pergi China lepas Ct habis pantang nanti so boleh la suruh dia borong baju-baju baby murah kat sana. Ct pun bukan nak ambil untung banyak sangat jual mahal-mahal, cukup pulang modal ambil untung sikit-sikit jadi la kan.

So ni contoh sample yang Ct nak buat...jual borong
by set sekali dengan postage. Agak- agak ok tak ye.




Satu set cuma RM50 free postage SM. Sabah/Sarawak add RM3. Yang ni cuma sample je. Nanti stok baru sampai baru Ct update.




Counting Days

Hi lama dah tak update blog. Tak ada apa yang menarik pun cuma berdebar-debar menunggu kelahiran putera kedua ni (seperti kata doktor baby boy).

Sekarang Ct dah 37 weeks. EDD sepatutnya 8/3/2014 tapi seperti yang sedia maklum Ct ni ada GDM kan dan kandungan pertama dulu pun secara czer, so tarikh sudah diawalkan ke 23/2/2014 untuk serah diri pada 38 weeks kalau tiada tanda-tanda bersalin. Plan kali ni nak try VBAC (Vaginal Birth After Ceaserean), harap-harap turun la tanda sebelum tarikh tu ye.

Bersyukur juga sekarang ni BSP terkawal. Makan nasi pun dah kurang, agaknya dah hujung-hujung ni kurang selera. Tapi Ct amalkan minum air kelapa segelas sehari mula dari kandungan 35 weeks. Orang kata air kelapa ni bagi mudah bersalin dan kulit baby bersih. Selain tu Ct juga minum VCO dari tanamera 3 kali sehari 1 sudu besar setiap kali. Yang ni pun untuk bagi mudah bersalin. VCO pun elok untuk urutan perineum tp Ct jarang buat sebab rasa tak selesa huhu. Elok dibuat bila kandungan dah masuk 35 weeks untuk lembutkan bahagian vagina supaya kurang koyakan semasa meneran nanti.

Setakat ni tanda-tanda besar tu belum ada lagi. Cuma ada keluar discharge sikit-sikit, nak kata keputihan mungkin kot. Nak kata air ketuban pun mungkin juga sebab masa scan 34 weeks doktor ada cakap air ketuban banyak dan bila discharge keluar basah la jugak panty. Perut mengeras dah banyak kali setiap hari sampai perut rasa sangat tegang dan sakit. Bawah ari-ari hingga ke pinggang pun dah start sakit, mungkin ini la orang kata false alarm atau Brixton Hicks. Dan sejak 2 hari ni dah rasa berat sangat perut bila berjalan macam tanda kepala baby dah turun. Nervous pun nervous jugak tapi memang tak sabar dah nak bersalin dan nak jumpa baby comel ni.

Barang-barang baby dan barang untuk berpantang insyallah dah lengkap. Sekarang ni Ct cuba kemas-kemas rumah apa yang patut sebab akan berpantang di rumah je dengan my Honey so tak nak susahkan dia kena kemas rumah sorang-sorang nanti. Lepas ni nak kemas bilik anak bujang saya pulak yang dah jadi tersangat manja sejak nak dapat adik ni.

Kita sambung lagi cerita lain nanti ye.

Thanks for reading.


Monday 9 December 2013

28 weeks + GDM


Minggu ni kandungan da masuk 28 weeks...sekejap je kan. Rasa tak sabar nak tengok muka baby yang kedua ni. Setelah menungggu sekian lama. Rayyan pun da nak masuk 4 tahun..da nak start pre- school da pun tahun depan.

Mummy-mummy mesti runsing kan kalau ada GDM time preggy. GDM iaitu 'Gentational Diabetes Mellitus'...ialah diabetes yang dialami ketika mengandung. Biasanya ia akan hilang selepas melahirkan. Masa mengandungkan Rayyan dulu tak ada apa2 masalah pun...mabuk ke apa ke pun tak ada, cuma bila da masuk trimester ke 3 ada la sakit belakang dan sakit pinggang. Tapi preggy kali kedua ni disertai mabuk yang tak keterlaluan di awal 3 bulan yg pertama juga kadar gula dalam darah yg tinggi yang dikesan selepas minum air gula yang disediakan oleh klinik pada usia kandungan 16 weeks. Dan sebulan selepas tu mendadak berat naik sebanyak 4 kg..result MOGTT ialah 8.4 mmol..haa amik kau.

So, bila dah didianogsis GDM ni, kena pantau lg buat ujian BSP iaitu Blood Sugar Profile.. di mana darah diuji 4 kali sehari mula pada minggu ke-20. Bacaan tertinggi ialah 10.4 mmol..hahaha. Bacaan normal ialah <6.7 mmol. Doc pun cakap confirm diabetes. Tapi doc suruh buat ujian BSP lagi sekali seminggu lepas tu tapi kena jaga makan sikit la dan bacaan tertinggi cuma 7.7 mmol, tapi tu pun tinggi jugak tu. So, bermulalah episod menginjek insulin..huhu. Memang tak boleh elak sebab tak nak ada masalah pada baby. Doc cakap kalau tak control sekarang kemungkinan besar lepas bersalin pun akan tetap ada diabetes tahap 2...ohh tak nak! Kesan pada baby, kemungkinan trauma semasa bersalin disebabkan saiz baby yg besar, risiko keguguran dan risiko baby meninggal dalam perut.. Astagfirullahalazim mintak dijauhkan. Jadi bila dah macam ni kena tukar la sticker kat buku pink tu dari hijau ke kuning..dan kena buat appoinment dgn Pakar Zat Makanan & Pakar GDM...ikut kan je la.
Sticker kuning!!
Dos pertama doc bagi 6 unit insulin diinjek 3 kali sehari. Bacaan BSP diambil lg pada hari keempat selepas ambil insulin...bacaan tak turun mana pun masih 7.2 mmol. So doc apa lg tambahla dos insulin ke 8 unit 4 kali sehari. Haaa tu dia..kalau gula tak turun jugak tak tau la.

                      Inject insulin guna novonordisk pen

Dan bacaan BSP kena ambik lg dan lg...aduh aduh ni yg tak larat ni. Bukan apa kena 4 kali sehari check
darah dah tentu kena berulang alik ke klinik. Check pun bukan susah cucuk sikit kat jari tengah atau jari manis tu pastu masuk la darah tu dlm device BSP keluar la bacaannya. Untuk pagi dan tengahari boleh le ke klinik ibu mengandung yg biasa pergi tu, tp utk yg petang dan malam kena ke klinik lain yg buka sampai malam. Tapi Ct pergi klinik 1 Malaysia je cuma bayar RM1 tp buka sampai pukul 9.30pm shj. Bagi mummy2 yg bekerja tu kena la ambil cuti..tak pun bole check di klinik berdekatan office anda ye..tp harus la berbayar kalau ke klinik swasta. Fikir punya fikir...sbb insulin perlu diambil sehingga la bersalin nanti, dan ujian BSP akan sentiasa dipantau 2 minggu sekali maka Ct ambil keputusan untuk beli BSP device dan check sendiri di rumah. So tak payah la berulang ke klinik lg. Device BSP tu bole cari dimana2 farmasi, kalau beritahu nak cari BSP tester tu diorang tahu la. Harga bergantung pada brand dan function. Ada juga yg pakej testing kit iaitu sekali dengan strip dan jarum lancet.

            Ni BSP testing kit brand Accu-Chek harga RM169
                                 free 50+10 lancets & 50 strips.

So far selepas sebulan setengah ambil insulin, bacaan BSP maintain je la dalam 6.0 - 6.5 mmol. Terpaksa la kena control makan jugak, bukan kena kurang makan manis je..tp kena kurang jugak makan karbohidrat dan lemak. Kalau dulu ikut je selera nak makan apa..skrg tak boleh daa. So kalau mommy2 dah disahkan ada GDM kena la ikut betul2 schedule checkup dgn klinik, makan vitamin atau ubat yg diberi...jgn sambil lewa sbb ni untuk kebaikan baby juga.

Untuk lebih mantapkan kesihatan Ct ambil set hamil shaklee...skrg dah lebih kurang 2 bulan. Ct tak beli sekaligus set hamil tu..Ct beli 3 vitamin dulu iaitu Vita-Lea, B Complex dan Zinc Complex. Ct ambil Zinc Complex untuk bantu penghasilan insulin dlm badan tp Ct ambil 3 kali seminggu shj. Selepas sebulan baru Ct tambah 3 lagi vitamin iaitu Vita C, Ostematrix dan Omegaguard. Time ni Ct da stop makan vitamin dari klinik...kang overdose pulak.

Set vitamin yang Ct ambil mula2
Set tambahan yang kedua
Mungkin nanti dah nak dekat bersalin baru Ct ambil ESP supaya membantu penghasilan susu badan nanti. Dan tentunya selepas bersalin Ct akan tambah vitamin2 yg lain untuk penyusuan baby eksklusif dan slim selepas bersalin...nantikan!

Thanks for reading.